-

Drama Cinta Hati Batu Lakonan Aishah Azman, Ashraf Muslim, Fadlan Hazim

Nantikan drama Cinta Hati Batu yang diadaptasi daripada novel One Day You'll Be Mine karya Inawza Yusof. Diterajui oleh Ashraf Muslim, Aishah Azman dan Fadlan Hazim. Drama bersiri 20 episod ini mendapat sentuhan pengarah Amor Rizan. Bakal mengisi slot Lestary bermula 28 Disember 2017, setiap Rabu dan Khamis, pukul 9.00 malam di TV3.

JUDUL : CINTA HATI BATU 
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 28 Disember 2017
WAKTU SIARAN : Rabu & Khamis, 9.00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Sofia J Rhyland
PENULIS NOVEL : Inawza Yusof
PENGARAH : Amor Rizan
TERBITAN : Primeworks Studios
PELAKON : Aishah Azman, Ashraf Muslim, Fadlan Hazim, Nadzmi Adhwa, Fazreen Rafi, Indah Emeerlda, Nadiyah Shahab, Farisha Irwayu, Shahriza Mahmud, Sasqia Dahuri, Ardell Aryana, Mustaqim Bahadon, Fana Azizan, Ain Edruce, Ikhlas Jalil, Livonia Ricky Guing, Fadzil Hamdan, Azhar Amir, Mili Supina, Alif Hadi

WATAK PELAKON 
Aishah Azman sebagai Anith Fitriah
Ashraf Muslim sebagai Dzul Ehsan
Fadlan Hazim sebagai Nik Afezal
Indah Emeerlda sebagai Aya
Nadzmi Adhwa sebagai Farez
Nadiyah Shahab sebagai Nahda
Farisha Irwayu sebagai Asmah
Shahriza Mahmud sebagai Rohaya
Mili Supina sebagai Zubaidah
Mustaqim Bahadon sebagai Hazmi
Ardell Aryana sebagai Elisa
Sasqia Dahuri sebagai Farisha
Fana Azizan sebagai Rini
Ain Edruce sebagai Mega Ariyana
Livonia Ricky Guing sebagai Kristine
Ikhlas Jalil sebagai Khairil

LAGU TEMA / OST CINTA HATI BATU
Lagu : Kata Akhirmu
Penyanyi : Ariff Bahran

Ep 1Ep 2Ep 3Ep 4Ep 5Ep 6Ep 7
Ep 8Ep 9Ep 10Ep 11Ep 12Ep 13Ep 14
Ep 15Ep 16Ep 17Ep 18Ep 19Ep 20Ep 21
Ep 22Ep 23Ep 24Ep 25Ep 26Ep 27Ep 28
Ep 29
SINOPSIS CINTA HATI BATU

Berkisar tentang Anith Fitriah (Aishah Azman) yang hanya mahukan sebuah kisah percintaan yang sempurna, tetapi akhirnya penderitaan yang diperolehinya. Perkahwinannya bersama Dzul Ehsan (Ashraf Muslim) merupakan desakan dan aturan keluarganya hanyalah untuk melupakan bekas tunangnya, Nik Afezal (Fadlan Hazim) yang terkorban dalam satu kemalangan. Perkahwinan yang pada dasarnya atas niat yang murni, sebenarnya membebankan Anith kerana Ehsan merupakan seorang duda beranak satu yang dinamakan Aya (Indah Emeerlda). Walau bagaimanapun, Anith dapat menyesuaikan dan melatih dirinya untuk menjadi seorang ibu yang penyayang. Sungguhpun begitu, perkahwinannya bersama Ehsan terpaksa ditamatkan kerana perkahwinan mereka tidak bahagia. Ketika berduka itu, Anith bertemu semula dengan bekas tunangnya disangkanya yang telah meninggal, Nik Afezal. Anith mendapati bahawa kematian Nik Afezal beberapa tahun dahulu sebenarnya hanyalah satu helah keluarga Nik Afezal untuk memisahkan mereka. Setelah tiga tahun bertemu kembali, Anith mula mencintai Nik Afezal semula. Walau bagaimanapun, Nik Afezal sebenarnya sedang menghidap penyakit kemurungan yang menyebabkannya sering bertindak diluar pemikiran yang waras. Dapatkah Anith menemukan percintaan yang sempurna seperti yang diinginkannya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment