-

Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku Lakonan Raja Afiq, Puteri Aishah



Nantikan drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku adaptasi daripada novel Mr Hot Guy karya Danisyarahmat. Diterajui oleh Raja Afiq, Puteri Aishah, Julia Farhana Marin dan Syazuwan Hassan. Drama terbitan A.Aida Production ini mendapat sentuhan sutradara Zul Huzaimy. Akan menghiasi slot Akasia TV3 pada bulan Ogos nanti. 

JUDUL : LELAKI ITU PEMILIK HATIKU (MR HOT GUY) 
TARIKH / MASA : Oktober 2017 
SIARAN : Slot Akasia TV3 
PENULIS NOVEL : Danisyarahmat 
PENGARAH : Zul Huzaimy Marzuki 
TERBITAN : A. Aida Production Sdn Bhd  
PELAKON : Raja Afiq, Puteri Aishah, Julia Farhana Marin, Syazuwan Hassan, Dilla Ahmad, Fish Fazil, Ariff Aziz, Jaja Iliyes

WATAK PELAKON 
Raja Afiq sebagai Luqman Hakimi
Puteri Aishah sebagai Nurin Kamila
Julia Farhana Marin sebagai Adrea
Syazuwan Hassan sebagai Aiman

Ep 1Ep 2Ep 3Ep 4Ep 5Ep 6Ep 7
Ep 8Ep 9Ep 10Ep 11Ep 12Ep 13Ep 14
Ep 15Ep 16Ep 17Ep 18Ep 19Ep 20Ep 21
Ep 22Ep 23Ep 24Ep 25Ep 26Ep 27Ep 28
Ep 29Ep 30Ep 31Ep 32
SINOPSIS LELAKI ITU PEMILIK HATIKU
Kisah Luqman Hakimi, anak orang kaya yang cuba memikat hati Nurin Kamila.

Mulanya hanya satu permainan yang dimainkan oleh Andrea kerana geram dengan sikap acuh tak acuh Luqman Hakimi pada perhubungan mereka. Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini sajalah peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang merupakan calon menantu pilihan ibunya. 

Luke jatuh hati terhadap Nurin, gadis yang bekerja disebuah kedai cenderamata. Luke menyahut cabaran Andrea jika dia berjaya memikat hati gadis tersebut, Andrea akan tinggalkannya sebaliknya dia perlu mengahwini Andrea. 

Nurin Kamila Abdullah Hisyam aka ‘cik adik sayang’ pula tidak menyangka dialah si kambing hitam yang menjadi batu loncatan buat si Luke yang digelar Mr. Hot Guy Malaysia itu. Pantang bagi Nurin kalau bertembung dengan lelaki kaya, apatah lagi ada hubungan hati dengan lelaki jenis itu. Wajib mandi bawah jambatan katanya. Tapi permainan takdir ini memang indah. Yang menjadi pantang itu jugalah yang sentiasa bermain di depan mata.

Awalnya si Luke fikir mudah saja menundukkan gadis kampung yang tidak berduit itu. Ternyata salah anggapannya itu. Maka kaedah daripada bestfriend forever, si Mokhtar diguna pakai. Kaedah pertama Gold and diamond, Kaedah kedua Hugs and Kisses, Kaedah ketiga Sleep tight. Tapi syaratnya tak boleh dipraktikkan sekaligus. Kerana gelojohnya untuk menang dalam pertaruhan, Luke praktiskan terus kaedah ketiga.

Bila cik adik sayang makin membenci, Mr.Hot Guy semakin jatuh hati. Tapi sayang, Cik adik sayang sudah memilih pasangan hatinya, Kapten Shahril Aiman. Pada saat Mr. Hoy Guy pasrah dengan jodoh yang tidak kesampaian, tiba-tiba takdir menyebelahinya pula.

Dapatkah Si Hot Guy memiliki hati cik adik sayang untuk dirinya selamanya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment