-

Telemovie Ke Pintu Kaabah Lakonan Catriona Ross, Tisha Samsir, Izzue Islam

Telefilem Ke Pintu Kaabah mengangkat tema perjuangan seorang wanita yang menghadapi pelbagai cabaran untuk menunaikan hasrat beliau mengerjakan ibadah haji di Mekah. Mengandingkan lakonan Catriona Ross, Tisha Samsir dan Izzue Islam. Telefilem arahan Asri Alias ini akan ditayangkan di TV1 pada Jumaat ini pukul 10 malam.  

JUDUL : KE PINTU KAABAH 
TARIKH / MASA : Jumaat, 1 September 2017, 10.00 malam 
SIARAN : Slot Panggung Khas (TV1,RTM) 
SKRIP : MF Kencana 
PENGARAH : Asri Alias 
TERBITAN : Rimbun Hikmah Sdn Bhd 
PELAKON : Catriona Ross, Tisha Samsir, Izzue Islam, Mustapha Kamal, Kuna Muzani, Z.Zamrie, Asri Ismail

SINOPSIS KE PINTU KAABAH
Kisah Mek Som yang merupakan seorang ibu tunggal memendam hasrat untuk menunaikan ibadat haji ke Mekah.

Kehilangan suaminya di laut menyebabkan kehidupan beliau bersama anaknya Fadilah semakin sukar. Justeru Fadilah mengambil keputusan untuk bekerja di butik Puan Aisah di bandar bagi menambah duit simpanan ibunya ke Mekah.

Sementara itu muncul pemuda bernama Farid yang baru pulang belajar dari luar negara tertarik dengan Fadilah dan mula berkawan dengannya. Sebenarnya Farid merupakan anak Puan Aisah dan beliau merahsiakan kepulangan ke Malaysia daripada pengetahuan ibu bapanya. Beliau berhasrat untuk hidup berdikari terlebih dahulu.

Fadilah sering becerita dengan Farid tentang hasrat ibunya hendak ke Mekah. Perkara itu didengari Farid dengan niat mahu membantu kawan istimewanya itu. Namun hasrat itu hanya disimpan dalam hati.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment