-

Telemovie Aku Mahu Hidup

Saksikan telefilem Aku Mahu Hidup arahan Raja Mukhriz yang akan disiarkan di TV9 pada hari Isnin ini pukul 8.30 malam. Kisah penuh pengajaran lakonan Hanis Kamal Bakar, Eyra Hazali, Sharifah Shahora, Kodi Rasheed dan ramai lagi.

JUDUL : AKU MAHU HIDUP  
TARIKH / MASA : Isnin, 25 September 2017, 8.30 malam 
SIARAN : Skrin Di 9 (TV9) 
SKRIP : Raja Azrey 
PENGARAH : Raja Mukhriz 
TERBITAN : Eleven Field Sdn Bhd 
PELAKON : Hanis Kamal Bakar, Eyra Hazali, Fikri Fitri, Kodi Rasheed, Eizlan Yusof, Nabila Asykin, Michael Ang, Sharifah Shahora

SINOPSIS AKU MAHU HIDUP

Berlatarkan di kawasan sekitar Bandaraya Kuala Lumpur, kisah tertumpu kepada tiga beradik iaitu Kadir, Umi & Amir yang hidup berdikari setelah kematian nenek mereka.Kisah hitam keluarga mereka yang tersimpan dihati Kadir telah membuatkan mereka bertiga bergelut meneruskan hidup di kota metropolitan. Kadir, abang yang sulung perlu menjadi Ayah dan Ibu kepada dua adiknya iaitu Umi dan Amir. Semenjak ditinggalkan Ayah dan Ibu ketika usia masih mentah menjadikan mereka matang sebelum usianya. Ayah mereka yang terpenjara kerana kesalah mengedar dadah manakala Ibu mereka pula hilang meninggalkan mereka semenjak Amir berusia 5 tahun. Ibu mereka berkahwin lain namun di halang oleh suaminya untuk menjaga mereka..Ketika itulah Kadir mula mengerti, manusia akan melakukan apa sahaja untuk terus hidup. Kadir terpaksa menyembunyikan kisah sebenar dari pengetahuan adik-adiknya walaupun kerap kali di tanya tentang mereka. Jawapannya ringkas, “Mereka berdua telah tiada lagi di dunia ini”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment