-

Sinopsis Tombiruo Penuggu Rimba

Filem ‘Tombiruo: Penunggu Rimba’ merupakan adaptasi karya novelis Ramlee Awang Murshid. Filem yang berlatarbelakangkan negeri Di Bawah Bayu ini diarahkan oleh Nasir Jani dan Seth Larney. Menampilkan lakonan Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, M. Nasir dan ramai lagi. Akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai pada 12 Oktober 2017.

TAJUK : TOMBIRUO:PENUNGGU RIMBA 
Tarikh Tayangan : 12 Oktober 2017 
Genre : Aksi / Drama
Pengarah : Nasir Jani, Seth Larney 
Pelakon : Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Datuk M. Nasir, Faye Kusyairi, Datin Marlia Musa, Dynas Mokhtar, Michael Chan, R. Azmi Ismail 
Terbitan : Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf, Layar Sunan
WATAK PELAKON 
Zul Ariffin sebagai Ejim 
Farid Kamil sebagai Amiruddin
Nabila Huda sebagai Wan Suraya 
Faizal Hussein sebagai Pondolou
Datuk M. Nasir sebagai Tan Sri Berham
Hasnul Rahmat sebagai Juslan
Faye Kusyairi sebagai Salina 

SINOPSIS TOMBIRUO: PENUNGGU RIMBA

Berkisarkan dendam seorang lelaki gagah yang tidak berwajah manusia di atas kematian ayahnya, Pondolou. Misinya mencari pembunuh Pondolou diganggu oleh Amiruddin yang kini memburunya di atas kematian isteri tercinta, Salina.

Sementara samseng yang diupah ingin memusnahkan Tombiruo kerana beranggapan Tombiruo menghalang misi peribadi mereka untuk mengaut keuntungan. Dalam kekacauan ini, wujud pula seorang wartawan wanita, Wan Suraya yang begitu nekad untuk mencari kebenaran di sebalik kejadian yang berlaku.

Firasat Wan Suraya kuat mengatakan Tombiruo dan Amiruddin adalah mangsa keadaan. Pengembaraan Tombiruo yang penuh bahaya dan tragis ini membawanya mengenali erti persaudaraan, kekeluargaan dan cinta sekaligus membuka hatinya menerima peranan sebagai Penunggu Rimba.

TEASER 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment