-

Drama Titian Cinta Lakonan Zul Ariffin, Farah Nabilah

Nantikan drama bersiri #adaptasinovel #TitianCinta karya Ridhya Iman yang akan megisi slot Akasia TV3. Bakal menampilkan gandingan baru Zul Ariffin dan Farah Nabilah. Diarahkan oleh saudara Heykal Hanifah dibawah terbitan Zamriez Golden Pictures. Nantikan tayangannya pada akhir bulan Ogos 2017. 

JUDUL : TITIAN CINTA  
TARIKH / MASA : Ogos 2017 
SIARAN : Slot Akasia TV3 
PENULIS NOVEL : Ridhya Iman 
PENGARAH : Heykal Hanifah 
TERBITAN : Zamriez Golden Pictures 
PELAKON : Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Dian P. Ramlee, Marisa Yasmin
OST TITIAN CINTA 

WATAK PELAKON 
Zul Ariffin sebagai Umayr Harris
Farah Nabilah sebagai Rahadatul Aisy
Daler Yusuf  sebagai Rayyan
Tisha Shamsir sebagai Sofia

Ep 1Ep 2Ep 3Ep 4Ep 5Ep 6Ep 7
Ep 8Ep 9Ep 10Ep 11Ep 12Ep 13Ep 14
Ep 15Ep 16Ep 17Ep 18Ep 19Ep 20Ep 21
Ep 22Ep 23Ep 24Ep 25Ep 26Ep 27Ep 28
Ep 29
SINOPSIS TITIAN CINTA 
Kisah cinta antara Umayr Harris dan Rahadatul Aisy. Aisy pulang ke tanah air setelah 4 tahun merantau di bumi London dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Kepulangan Aisy memang dinantikan Harris yang menyesal dengan tindakan lalu kerana termakan hasutan Sofia. Perginya Aisy ke kota London adalah kerana dihalau bagai kucing kurap oleh suaminya sendiri ekoran fitnah yang dilakukan oleh Sofia.

Harris ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.

Pelbagai cara dilakukan oleh Harris untuk memikat semula hati Aisy. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.

Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Pelbagai dugaan menimpa mereka. Aisy tidak dapat mengandung. Kehadiran semula Sofia menempel cinta Harris. Campur tangan ibu mertua Aisy memburukkan keadaan. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.

Siapakah Rayyan sebenarnya di hati Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

+ comments + 2 comments

22 September 2017 at 17:52

Utk download takda.ke

26 September 2017 at 07:21

Boleh nk dwnliad.. Play dlu vdeo tu.. Pastu tkan kt vdeo tu lma2, t diA kuaq utk dwnload..

Post a Comment