-

Drama Dekatkan Jarak Kita Lakonan Syafiq Kyle, Ayda Jebat


Nantikan drama bersiri Dekatkan Jarak Kita adaptasi daripada sebuah cerpen tulisan Syu Ariani. Bakal menampilkan gandingan utama Syafiq Kyle dan Ayda Jebat. Drama terbitan JS Pictures Sdn Bhd ini mendapat sentuhan pengarah Azman Yahya. Akan mengisi slot Samarinda di TV3. 

JUDUL : DEKATKAN JARAK KITA  
TARIKH / MASA : 2017 
SIARAN : Slot Samarinda TV3 
PENULIS CERPEN : Syu Ariani  
PENGARAH : Azman Yahya (Jinggo) 
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd 
PELAKON : Syafiq Kyle, Ayda Jebat, Riena Diana, Wan Sharmila, Nadia Brian, Catriona Ross, Azhan Rani

Syafiq Kyle sebagai Tashriq
Ayda Jebat sebagai Alyssa Sofea

Riena Diana sebagai  Sofiya

SINOPSIS DEKATKAN JARAK KITA

Sofiya diusir keluar dari rumah oleh ayah tirinya, Tuan Kamil kerana mahu merebut harta kekayaan keluarga itu. Sofiya kemudiannya dibesarkan oleh sepasang suami isteri yang baik. Sofiya berkawan baik dengan anak mereka, Allysa. Sofiya kemudiannya disahkan menghidap kanser dan tidak dapat hidup lama. Dia meminta Allysa untuk mencari keluarga kandungnya untuk memberitahu perkara sebenar tentang Tuan Kamil. Apabila Sofiya telah meninggal dunia, Allysa berjumpa keluarga Sofiya dan menyamar sebagai Sofiya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment