-

Drama Anak Merdeka 2017

Saksikan bagaimana 3 anak muda Malaysia membesar dengan sejarah pertama Malaysia dalam drama Anak Merdeka. Drama mini bersiri enam episod Anak Merdeka akan disiarkan pada 26 hingga 31 Ogos, pukul 9 malam di Astro Prima (saluran 105), Astro Mustika HD (saluran 134), Astro XI Yue HD (saluran 300) dan Astro Vaanavil (saluran 201).

Sinopsis Anak Merdeka

Tiga wira kampung tabah menempuh pelbagai dugaan dan mengharungi cabaran yang sukar untuk membela hak masing-masing dalam mengecapi kemerdekaan.

Pelbagai cabaran telah ditempuhi oleh Salleh, Boon dan Dewi sepanjang tempoh enam dekad dan tidak pernah sekali pun semangat setia kawan mereka pudar sejak sambutan Hari Kemerdekaan yang pertama lagi.

Hubungan mereka mula terbentuk apabila bekerjasama dalam menyelesaikan misteri kehilangan bungkusan derma bagi membantu membiayai perjalanan Tunku Abdul Rahman ke London dan memulihkan semula nama pesta yang tercemar akibat dituduh mencuri barangan tersebut. 

Salleh telah menubuhkan perniagaan barunya dalam menghasilkan pemain pita video (VCR) buatan Malaysia, selari dengan kempen “Belilah Barangan Buatan Malaysia” kerajaan.

Ep 1Ep 2Ep 3Ep 4Ep 5Ep 6Ep 7
Ep 8Ep 9
Boon pula menghadapi masalah bisnes untuk pestanya apabila seorang kanak-kanak telah jatuh dari Roda Ferris dan mengakibatkan perniagaannya terganggu.

Sementara itu, Devi pula menghadapi musibah apabila dipanah petir dan menyebabkan dia koma selama seminggu.

Dapatkah Salleh, Boon dan Dewi menyelesaikan konflik yang terjadi antara mereka dan mengatasi masalah yang dihadapi?

Untuk mengetahui kesudahan kisah selanjutnya mengenai Salleh, Boon dan Dewi jangan lupa saksikan drama mini bersiri enam episod Anak Merdeka pada 26 Ogos hingga 31 Ogos, pukul 9 malam di Astro Prima (saluran 105), Astro Mustika HD (saluran 134), Astro XI Yue HD (saluran 300) dan Astro Vaanavil (saluran 201).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment