-

Drama My Darling Inspektor Daniel Lakonan Aaron Aziz, Elizabeth Tan

Drama terbaru terbitan Skop Productions Sdn Bhd berjudul My Darling Inspektor Daniel bakal menemukan gandingan Aaron Aziz, Elizabeth Tan, Siti Elizad, Dazrin Kamarudin dan Erra Fazira. Drama bersiri arahan Aziz M Osman itu bakal ditayangkan menerusi slot Mega Drama di Astro Ria pada akhir bulan Julai ini menggantikan drama Mencintaimu Mr Photographer.

Di Sebalik Tabir My Darling Inspektor Daniel

JUDUL : MR DARLING INSPEKTOR DANIEL  
TARIKH / MASA : 31 Julai 2017 
SIARAN : Astro Ria 104 & HD 123) 
SKRIP : Ayuni Zamani  
PENGARAH : Aziz M. Osman 
TERBITAN : Skop Productions Sdn Bhd 
PELAKON : Aaron Aziz, Elizabeth Tan, Siti Elizad, Erra Fazira, Dazrin Kamarudin, Shahir, Zarul Umbrella

Kisah Inspektor Daniel yang berpindah ke balai polis baru. Insp. Daniel yang biasa bekerja berseorangan diarahkan oleh ASP Maria untuk bekerja dengan Inspektor Hannah, yang mula menaruh perasaan kepadanya.

Inspektor Daniel tinggal dirumah adiknya Danish Haikal, jiran kepada Maya iaitu seorang model. Maya turut jatuh hati terhadap Inspektor Daniel dan mula mendekatinya. Inspektor Daniel pula semakin rapat dengan Inspektor Hannah.

Sementara itu, Maya paranoid apabila "stalker" mula cuba dekatkan diri dengannya. Maya mengambil keputusan untuk buat laporan polis dan Inspektor Daniel ditugaskan untuk menguruskan kes itu. Inspektor Daniel dan Maya mula rapat menyebabkan Inspektor Hannah cemburu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

+ comments + 1 comments

15 August 2017 at 08:37

Episod 10 tak de lagi ker....??

Post a Comment