-

Drama Semusim Rindu Lakonan Ben Amir, Intan Ladyana,

Drama bersiri adaptasi novel Semusim Rindu karya Aleya Aneesa akan disiarkan menerusi slot Tiara (Astro Prima). Drama bersiri 40 episod terbitan MIG Prouction ditunjangi oleh Ben Amir dan Intan Ladyana. Diarahkan oleh sutradara Ejump Zahir. Nantikan tayangannya bermula 30 Mei ini, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6 petang di Astro Prima saluran 105 dan Maya HD saluran 135.

JUDUL : SEMUSIM RINDU  
EPISOD : 40 episod 
TARIKH TAYANGAN : 30 Mei 2017 
HARI / MASA : Isnin–Jumaat, 6.00 petang 
SIARAN : Slot Tiara Astro Prima 105 & Maya HD (135) 
PENULIS NOVEL : Aleya Aneesa 
SKRIP : Pouvin & Tommy Loh 
PENGARAH : Ejump Zahir 
TERBITAN : MIG Production Sdn Bhd 
PELAKON : Ben Amir, Intan Ladyana, Aizat Hassan, Elly Arifin, Syaa Nasir, Dayang Areeda, Syerinie Myra, Donna Muslim, Fatin Afeefa, Haliza Misbun, Kartina Aziz, Roslan Saleh, Mysarra, Fish fazil, Fish fazil, Tengku Fiella


SINOPSIS SEMUSIM RINDU 
Ep 1Ep 2Ep 3Ep 4Ep 5Ep 6Ep 7
Ep 8Ep 9Ep 10Ep 11Ep 12Ep 13Ep 14
Ep 15Ep 16Ep 17Ep 18Ep 19Ep 20Ep 21
Ep 22Ep 23Ep 24Ep 25Ep 26Ep 27Ep 28
Ep 29Ep 30Ep 31Ep 32Ep 33Ep 34Ep 35
Ep 36Ep 37Ep 38Ep 39Ep 40
Mengisahkan Hajar Adira yang kehilangan kedua ibu bapanya sejak berumur 5 tahun, sejak itu dia tinggal bersama ibu saudaranya, Nazimah. Hajar selalu didera oleh Nazimah. Tidak tahan dengan penderaan fizikal dan mental yang terpaksa dilalui selama 5 tahun, Hajar nekad melarikan diri ke Johor untuk bertemu dengan Mak Ngah Nasriah. Namun, setibanya di Johor Bahru Hajar hilang punca tanpa mengetahui arah untuk dituju. Pertemuannya dengan Firdaus yang sedang menunggu ketibaan isterinya, Fauziah telah membawa Hajar ke dalam kehidupan suami isteri itu yang masih belum dikurniakan zuriat.

Bagaimanapun, nasibnya bertambah malang apabila ibu angkatnya meninggal dunia, manakala bapanya pula lumpuh. Situasi itu secara tidak langsung membuatkan segala tanggungjawab terletak di bahunya untuk membesarkan adik-beradiknya yang lain.

Muncul pula Ikhman, lelaki yang suka sangat meyakitinya. Ikhman telah jatuh hati pada Hajar, namun keegoannya menjadi penghalang untuk berterus-terang. Pertemuaan mereka itu juga membuka jalan untuk Hajar bertemu dengan keluarga kandungnya. Kehadiran Pak Usu Halil selepas 15 tahun mencarinya masih sukar dimaafkan Hajar.

Hajar dan Ikhman pula setuju disatukan walaupun, Hajar masih sangsi akan perasaannya. Perkahwinan mereka berlangsung dengan syarat, mereka takkan tinggal sebumbung selepas berkahwin.  Bagaimanapun, satu demi satu konflik muncul sehingga membuatkan mereka bergolak dengan perasaan masing-masing apabila bersikap ego.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment