-

Drama Menantu Bilal Lakonan Amar Asyraff, Nazeera Sardi, Ruhainies

Drama bersiri Menantu Bilal terbitan Enuja Production Sdn Bhd bakal ditayangkan menerusi slot Dahlia TV3. Dibintangi oleh Amar Asyraff, Nazeera Sardi, Syazwan Zulkifli, Ruhainies, Talha Harith, dan Chacha Maembong. Diarahkan oleh saudara Zamri Zakaria. Akan menemui penonton bermula 2 Jun ini, setiap Jumaat hingga Ahad pukul 6.58 petang di TV3.

JUDUL : MENANTU BILAL 
EPISOD : 11 episod 
TARIKH TAYANGAN: 2 Jun 2017
HARI / MASA : Jumaat-Ahad, 6.58 petang 
SIARAN : Slot Dahlia (TV3) 
SKRIP : Mazelan Manan 
PENGARAH : Zamri Zakaria 
TERBITAN : Enuja Production Sdn Bhd 
PELAKON : Amar Asyraff, Nazeera Sardi, Syazwan Zulkifli, Ruhainies, Talha Harith, Chacha Maembong, Idris Md Diah, Elly Suriaty, Man Raja Lawak


Ep 1Ep 2Ep 3Ep 4Ep 5Ep 6Ep 7
Ep 8Ep 9Ep 10Ep 11
SINOPSIS MENANTU BILAL
Memaparkan kerenah tiga menantu iaitu Marlisa dari Negeri Sembilan, Normala (Pulau Pinang) dan Norain (Terengganu) yang masing-masing cuba memenangi hati mentua dengan pendekatan tersendiri.

Bilal Brahim dan Mak Esah adalah orang yang disegani dan menjadi tempat penduduk kampung mengadu serta mendapat nasihat. Daripada masalah ayam itik hinggalah masalah bercerai-berai. Semuanya berjaya diselesaikan mereka.

Pasangan ini mempunyai tiga anak lelaki iaitu Rahim, Rahman yang tinggal di Kuala Lumpur, manakala Rashid tinggal bersama mereka. Ketiga-tiga mereka mengambil keputusan berkahwin serentak dengan pasangan masing-masing yang berasal dari tiga negeri berlainan.

Keadaan menjadi kecoh apabila buat pertama kali mereka menyambut Ramadan dan mengadakan persediaan Aidilfitri.

Menantu ini bersaing bagi mengambil hati Lebai Brahim dan Mak Esah antaranya berebut-rebut memasak walaupun ada di antara mereka tidak tahu memasak dan terpaksa mempelajarinya melalui buku resipi dan pelbagai hal lagi.

Selain isu itu, pasangan ini turut berdepan masalah membabitkan penduduk kampung seperti soal pertentangan idea dalam membuat keputusan mengenai imam jemputan untuk solat terawih, moreh, khatam al-Quran dan soal berapa rakaat solat Tarawih yang patut dilakukan.

Tidak ketinggalan mereka juga berdepan masalah sikap penjual yang tidak mematuhi syarat berjualan ketika Ramadan, masalah mercun dan meriam sehinggalah ke soal penduduk yang makin berkurangan mengerjakan solat Tarawih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment