-

Drama Di Sebalik Wajah Lakonan Diana Danielle, Aliff Aziz

Drama bersiri ‘Di Sebalik Wajah’ terbitan akan ditayangkan di saluran HyppSensasi (HyppTV Saluran 116) bermula 1 Mei 2017, setiap hari Isnin dan Selasa, jam 9.00 malam. Drama bersiri selama 30 episod ini diterbitkan oleh Filmscape Sdn Bhd dan diarahkan oleh Patrick Lim. Menampilkan barisan pelakon seperti Diana Danielle, Aliff Aziz, Hefny Sahad, Zarina Zainoordin, Anwar Khan dan ramai lagi.

JUDUL : DI SEBALIK WAJAH 
JUMLAH EPISOD : 30 episod  
TARIKH MULA TAYANGAN : 1 Mei 2017 
HARI / WAKTU SIARAN : Isnin-Selasa, 9.00 malam 
SALURAN : HyppSensasi (HyppTV Saluran 116) & HyppTV Everywhere  
SKRIP : Eenaz Mokhtar, Farah Alya As’ari, Farah Bani 
PENGARAH : Patrick Lim 
TERBITAN : Filmscape Sdn Bhd 
PELAKON : Diana Danielle, Aliff Aziz, Hefny Sahad, Zarina Zainoordin, Anwar Khan, Haeriyanto Hassan, Marissa Yasmin, 


Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20Episod 21
SINOPSIS DI SEBALIK WAJAH

Mengisahkan tentang Nadia (Diana Danielle) yang tersedar dari koma selepas beliau terlibat dalam satu kemalangan kereta ngeri dan kemudian menjalani pembedahan di wajahnya. Tanpa sebarang memori lampau mengenai dirinya, dan tanpa mengingati siapa dirinya yang sebenar, Nadia dihantui dengan ilusi dan panggilan telefon daripada satu suara misteri yang menyuruh beliau membunuh suaminya sendiri, Amir Hisyam (Aliff Aziz) yang merupakan seorang pewaris kepada syarikat pembangunan hartanah terkemuka di Malaysia. Nadia terus menjadi keliru apabila beliau mula mengenali seorang lelaki bernama Fared Hanafi atau dikenali sebagai Red (Hefny Sahad), seorang wartawan penyiasat yang mempunyai seorang teman wanita dan rakan sekerja bernama Elisa (Zarina Zainoordin) yang telah hilang pada hari yang sama semasa Nadia mengalami kemalangan. Perkara-perkara yang berlaku secara kebetulan ini menjadikan Red lebih bersemangat untuk menjalankan penyiasatan beliau secara lebih terperinci, dan dengan bantuan Nadia, mereka terus mencari petunjuk sehinggalah membawa kepada perkara-perkara yang tidak dijangka dan membongkar rahsia sebenar. Maklumat-maklumat yang ditemui, mungkin dapat membantu Nadia untuk mengetahui siapa dirinya yang sebenar.

Bagaimanakah pengakhiran perhubungan di antara Nadia dan Amir? Adakah Nadia dan Red mampu untuk menjejaki Elisa semula? Jalan cerita ini akan menjadi lebih menarik di dalam ‘Di Sebalik Wajah’ di mana penonton akan terus mengikuti perjalanan Nadia untuk merungkai misteri di sekelilingnya. Plot penceritaan yang menarik ini nyata mampu membuat penonton tidak berganjak dan terus menonton drama bersiri ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment