-

Drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati ,Lakonan Alif Satar, Nabila Razali

Drama adaptasi novel Hikayat Cinta Si Pematah Hati karya E-Man Sufi akan menggantikan drama Cik Serba Tahu di slot Mega Drama (Astro Ria). Bakal menampilkan gandingan Alif Satar dan Nabila Razali. Drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd arahan Shalini Balasundaram. Bakal menemui penonton bermula 24 April, bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria saluran 104 dan Astro Ria HD 135.

JUDUL : HIKAYAT CINTA SI PEMATAH HATI  
EPISOD : 20 episod 
TARIKH TAYANGAN : 24 April 2017 
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam 
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123 
SKRIP : Sofia J Rhyland 
PENULIS NOVEL : E-Man Sufi 
PENGARAH : Shalini Balasundaram 
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd 
PELAKON : Alif Satar, Nabila Razali, Hafreez Adam, Nadiyah Shahab, Aien Zahalan, Syafiq M. Nazri, Rykarl Iskandar, Yaya Zahir, Aneesa Sofea, Naseem Hafiy, Nur Iman Elweena, Zila Bakarin, Ruminah Sidek



Wafeen Wardah mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki ilihannya, Daniel Elhan. Sayangnya, sekian lama dia menanti masih belum ada sebarang tanda di jari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki bernama Rayyan Rayqarl. 

Rayyan Rayqarl yang kehilangan ibunya disisihkan oleh ayahnya yang berkahwin dengan bekas orang gaji. Rayyan Rayqarl mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja sudah mempunyai kekasih iaitu Daniel. Daniel Elhan sebenarnya adik tiri Rayyan Rayqarl. Sifat Rayyan yang suka makan karipap pusing mengingatkan Wafeen pada seorang lelaki pada zaman kanak-kanaknya. 

Sementara itu, Daniel dipaksa bertunang dengan Tengku Zarynn membuatkan Wafeen kecewa. Daniel pula tidak dapat melupakan Wafeen cuba merisik Wafeen bagi pihaknya. Rayyan yang mendapat tahu merancang dengan Tengku Zarynn untuk memenangi hati Wafeen.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment